Catatan: sehari lawatan di Port Dickson

     Port Dickson, walaupun saya sudah pergi banyak kali ke sana, tetapi pengalaman hari ini tidak sama 

dengan masa dahulu. Pada minggu keempat, saya melancong dengan kawan di satu bahagian yang 

dimilki oleh UPM. Dalam bahagian ini, pantai adalah sangat bersih kerana pantai itu tidak ada sampah- 

sarap yang selalu diselerak oleh pelancong.  Cahaya matahari agak pudam sedikit hari ini. Cuaca 

mendung tidak menjejaskan keseronokan yang sudah tertanam dalam hati saya kerana saya memang

memerlukan satu hari untuk merehatkan diri.

    Sepanjang pelancongan ini, saya menjumpai satu perkara yang agak menakjubkan. Semasa saya 

berenang di laut, saya cuma mengenggam satu tangan pasir. Seterusnya saya meletakkan tangan saya 

dalam laut, kemudian pasir akan mengalir walaupun tangan saya mengenggamnya dengan ketat. 

    Maka,  saya sedar bahawa jikalau kelebihan degil terhadap satu perkara, kita akan berasa 

kesengsaran. Jikalau kita ingin berjaya, genggam pasir semata-mata tidak cukup untuk berjaya, malah 

mendapat sokongan pujangga dan juga keluarga kita. Panduan agama juga adalah penting untuk 

membantu kita menghala ke perjalanan yang sarat dengan keceriaan. 

    Pasir juga seperti gred mudah dialir jika kita terlalu degil. Keterlaluan pengutaraan gred hanya 

mengurangkan minat kita mendalami ilmu dan juga menjadikan kita benci terhadap pengkongsian ilmu.

Setelah saya merenung tangan saya yang kotor dengan pasir, saya berhasrat mencerna ilmu sebaik-

baiknya dan juga menghormati setiap ilmu dan juga guru yang mengajar saya.

 


Comments