Cerpen: Detik Hayat Sayang Penipu
Ulasan: Detik Hayat Sayang Penipu
Cerpen " Detik Hayat Sayang Penipu dikarya oleh Siti Nor Ainum Mohd Fauzi. Cerpen ini melatarkan pelajar kurang upaya memahami susah payaan ibu. Selain itu, cerpen ini memperihalkan tentang masalah salah faham pelajar terhadap tingkah laku ibunya. Segala cerita dimulakan dalam senario yang agak tegang. Seorang pelajar yang membuli pelajar telah dihukum oleh guru Suhardi. Selepas itu, terdapat seorang pelajar yang bernama Raziq yang ada masalah fikiran menjumpainya. Selepas bagi album kepada Raziq, dia mengimbas masa lalu semasa dia melihatkan kepelikan tingkah laku Raziq.
Kisah bermula daripada perbualan antara Zuhdi dan Ustaz Suhardi. Mula-mula,Ustaz Suhardi bertanya banyak soalan kepada Zuhdi kerana dia ingin mendekati Zuhdi, tetapi dia tidak melayan. Selepas Ustaz tanya Zuhdi kenapa dia tinggal seorang di surau, dia terkejut dengan jawapan Zuhdi. Dia kata tuhan akan menemaninya. Ustaz Suhardi sudah mengetahui keadaannya dan cuba berkata-kata lebut dengan Zuhdi. Akhirnya, dia sudah bersuara.
Dalam masa ini, pembaca boleh melihat bahawa Zuhdi mengelarkan ibunya sebagai penipu disebabkan pemergian ibunya. Ustaz menasihatinya supaya dia tidak benci terhadap ibunya. Zuhdi tidak berpuas hati dengan nasihat ustaz dan meninggalkan ustaz dengan menghulurkan tangannya bersalam. Ustaz Suhardi menjumpai nota Zuhdi dan membaca puisi yang dituliskan dalam nota ini. Dia berasa bangga kerana dia tahu menulis puisi yang baik. Apabila dia membaca helaian terakhir dan menjatuhkan air mata kerana cinta Zuhdi terhadap ibu agak kuat. Akhirnya dia bagi nota kembalikan kepada Zuhdi. Walaupun fizikal Zuhdi tidak sempurna tetapi dia tidak pernah membenci ibu walapumm dia meninggalkannya, malah dia sedih dengan pemergian ibu sahaja. Pelajar ini telah memberi motivasi kepada Ustaz menjadi guru yang baik dan mampu menyelesaikan masalah pelajar dengan mencari cara penyelesaian.
Dapat disimpulkan dengan cerita ini telah berjaya mengukir watak pelajar Zuhdi yang mulia. pembaca boleh berasa simpati terhadap pelajar dengan betapa banyak Zuhdi menulis puisi dan nota hanya untuk rindui ibunya. Akhirnya, penggunaan satu pengajaran untuk menyimpulkan cerita adalah jelas untuk pembaca memahami segala perjalanan cerita tersebut.
Comments
Post a Comment