Cerpen: Fitnah
Cerpen dimulakan dengan seorang watak, bernama Ismai, merenung waktu dia bekerja. Dia bersikap optimistik dan tidak berkejar kewangan kerana dia lebih gemar mereka kehidupan sederhana. Selepas deringan telefon menyentakkan renungannya, cerita bermula. Penulis Amil Jaya yang mendeskripsikan watak Ismail seorang yang tiada kerakusan dan berpegang prinsip yang utuh telah menimbulkan perasaan kecurigaan pembaca. Bagaimana seorang watak yang bersikap baik berkecimpung dalam perkara fitnah?
Semasa berbincang tentang topik fitnah, tidak semestinya sekadar berkaitan dengan amanah pecah atau kehilangan kepercayaan antara dua pihak, malah juga berlaku kepada penulis. Hal ini berlaku disebabkan pena penulis telah diperalatkan untuk menulis sebuah tulisan yang memutarkan kebenaran. " Baca surat khabar Tuwak hari yang lalu, tulisah engkau ada di situ. Engkau tidak patut mengkritik seorang menteri seperti itu". " Saya tidak menulis rencana itu, walaupun nama saya digunakan." Keadaan ini agak lumrah diperlihat di sosial media. Sebahagian menteri telah difitnahkan oleh orang yang ingin mengaut keuntungan walaupun dia tidak pernah membuat perkara itu.
Dalam cerita, penulis mengkritik perkara fitnah dan menegaskan peranan surat khabar kepada masyarakat dengan menyampaikan mesej secara dialog. "Memang benar, seruan merancakkan isu di dalam akhbar selalu saya laungkan demi meningkatkan kemampuan berfikir, berhujah, dan berdebat dalam kalangan penulis. Namun, maksud kerancakkan itu bukanlah kepada hal-hal peribadi seseorang. Kerancakan haruslah lebih kepada dunia kesusateraan dan kebahasaan yang tulen, malah dari aspek ekonomi,sosial dan juga agama. " Hal-hal peribadi yang berunsur fitnah, tidak harus disemarakkan."
Penulis berpendapat bahawa seorang tidak perlu membuat apa-apa soal bicara kerana tuhan akan menentukan ganjaran kepada perbuatan fitnah itu. Cerita ini adalah agak mudah, tetapi menyampaikan mesej yang berat dengan sekadar satu perbualan telefon. Ini cukup melihat kreatif penulis itu.
Comments
Post a Comment