Cerpen: Kisah Semalam

 Ulasan Cerpen " Kisah Semalam"

  


    Cerpen " Kisah Semalam" dikarya oleh Sa'adiah Shuib yang diterbitkan pada sebuah majalah pada tahun 2019. Cerpen ini melatar sebuah cerita tentang masyarakat yang tidak berkasih sayang terhadap keluarga. Cerpen ini mengisahkan seorang watak berjaya mengubah kehidupan sendiri dan tidak menerima celaan oleh ibu bapanya. Oleh sebab Julia menjangkiti penyakit sejak kecil, maka bapa tidak meyukainya. Hubungan antara kakak Rima dan Julia tidak rapat disebabkan keputusan kakak adalah lebih baik daripada Julia pada zaman persekolahan. Cerita ini bermula daripada kedudukan tidak seimbang melalui teknik pemerian terhadap status keluarga. Pembaca boleh melihat terhadap perbezaan kasih sayang berlaku dalam keluarga mereka. 
    
    Namun, segala kesedihan yang berlaku kepada Julia telah berubah selepas dia mendapat keputusan STPM yang baik dan diterima memasuki Maktab Perguruan Raja Melewar. Walau bagaimanapun, klimaks cerita ini bukan berlaku pada keputusan yang baik dia dapat, malahan dia pernah menjangkiti penyakit kuning. Hanya ibu menjaga dia di hospital, orang lain tidak menlawatnya, termasuklah kakaknya. Oleh sebab penyakitnya memerlukan kebanyakan wang, bapa sering merendahkannya, maka kesusahan ini menjadi motivasi kepadanya menghala ke perjalanan kejayaan.

    Dapat disimpulkan disini bahawa penulis mengaitkan kasih sayang adalah penting kerana kasih sayang daripada ibu bapa boleh menjadi motivasi yang besar kepada anak-anak mereka. Tambahan pula, Julia yang berwatak murah hati tidak pernah mendendam dengan ayahnya menjadi suri teladan kepada pembaca sebgaimana menjadi anak yang menhormati ibu bapa.     

Elemen-elemen dalam cerpen kisah sayang

1. Julia
2. Kakak Rima
3. bapa
4. ibu

Tema: Kekeluargaan 

Matlamat: Ibu bapa perlu mengambil alih tentang keadaan anak-anak dan bertanggungjawab menjaga anak-anak walaupun fizikal atau mental mereka tidak sempurna. 


Comments