Pengalaman Kehidupan sendiri di Kuala Lumpur

  Kuala Lumpur merupakan sebuah bandar yang indah, dipenuhi dengan bangunan yang mencecah langit. Walau bagaimanapun, bangunan-bangunan ini yang dibina sekeliling saya tidak betapa mempersona untuk saya kerana saya datang daripada keluarga yang daif.  Oleh sebab konflik berlaku antara bapa dan ibu saya, mereka tercerai sejak saya masih kecil lagi.

            Mula-mulanya, emak saya tidak bekerja kerana dia taka da slip SPM tetapi dia tidak pernah memutuskan asa. Akhirnya dia mendapatkan kerja tetapi huraian kerjanya agak berat. Maka, adik dan saya dapat mengetahui kepentingan pembelajaran.



            Semasa penyambutan hari perayaan, kami tidak sambut secara meriah supaya boleh menjimatkan wang. Dalam bandar, ramai orang bersikap materialistic dan bersikap sombong. Sepanjang beberapa tahun, termasuklah saudara saya, kawan sekerja emak saya memandang rendah terhadap kami.

            Apabila saya belajar di sekolah rendah, keputusan pembelajaran saya adalah tidak memuaskan. Kedukacitaan tertanam dalam hati emak saya. Emak saya tidak memukul saya seperti ibu bapa lain buat terhadap anak mereka dan hanya tunjukkan kerja kertas yang berselerak di atas meja. " Jika awak tidak berusaha belajar, awak akan tidak jadi lebih baik daripada saya pada masa depan. " dia menegaskan dengan tabah. 

            Pada malam itu, emak saya membawa adik dan saya pergi ke satu restoran yang bernama untuk memotivasikan kami meneruskan pembelajaran. Dalam hati emak saya, keputusan tidak penting, sikap dan sasiah yang positif adalah terpenting. "Nilai yang penting untuk berjaya dalam kejayaan adalah ketekunan bagi seorang pelajar. 

                Sehingga umur 17 tahun, kehidupan keluarga saya menjadi baik. Maka, melalui pengalaman saya, kehidupan melarat tidak pernah menjejaskan usaha keluarga kita kerana kita mempercayai usaha dapat mengharungi cabaran kehidupan.

Comments