Puisi Moden: Orang muda


Orang Muda

Orang Muda!

Pada usia ini engkau harus banyak mendengar daripada berkata-kata

kerana tuntutan hidup tidak seindah yang engkau gamabrkan dan yang engkau rasa

tidak aku nafi matamu lebih terang daripada yang tua

tidak aku nafi suaramu lebih senang didengari daripada berdiam seribu bahasa 

namun engkau harus percaya hakikat hidup yang sebenarnya

diam tidak menjadikan engkau lemah tidak berdaya

tetapi diam mengajarimu nikmat mendengar yang sebenarnya


Orang muda!

Ilmu yang engkau tuntut selepas mengenal huruf dan angka

bukanlah laluanmu mampu menjadi segalanya

namun menjadi bekal sepanjang menempuhi hidup di dunia

sungguh tanpanya engkau akan berada dalam gelap gelita selamanya.


Orang muda!

Hidup ini bukan litar lumba

siapa laju, maka dia jadi permata

siapa perlahan, maka dia jadi debunya

hidup ini ialah usia yang harus dinikmati manusia

hidup ini ialah usia yang mengajarmu mensyukuri segala kurnia-Nya

maka jangan engkau menyerlah saat tertinggal jauh di belakang

engkau harus percaya masa kalian sama, namun liku-likunya berbeza


Jangan sisakan usia mudamu berlalu dengan sia-sia

belajarlah menekuni setiap hal di usia muda

ketika senja datang menerpamu segalanya siap sempurna.


    Melalui tajuk puisi ini, saya memahami bahawa pengajaran tidak dijauhi daripada  masa. Memang tidak dapat dinafikan bahawa masa sangat penting dan tidak boleh dibazirkan. Sebagai orang muda, saya tahu sebahagian masa saya tidak uruskan baik tetapi saya akan mengoptimumkan masa sebaik-baiknya. Saya percaya saya boleh merealisasikan hasrat saya sekiranya saya menguruskan masa yang baik. 


Comments