Beri Aku Lima Minit
Ayu seorang watak yang bersikap baik, tetapi dia terjebak dalam perkara yang tidak senonoh. Maka, dia telah digantung sekolah selama dua minggu.
Cerita ini menyuarakan bahawa generasi ini tidak suka melanjutkan pelajaran sebab teringin hendak bekerja , pegang duit sendiri. Memang tidak dinafikan kepantasan penyebaran maklumat buruk berlaku dalam kalangan remaja. Kebanyakan remaja seperti sikap ayu tidak mementingkan peningkatan pelajaran sendiri. Dalam cerita ini, sebab Ayu keluar melepak-lepak saja dengan kawan, emak dan ayah mengherdik Ayu. Oleh itu, Ayu berasa benci kepada ibu bapa kerana mereka tidak memahami keinginannya. Walau bagaimanapun, dia akhirnya berinsaf disebabkan kemalangan dihadapi oleh ibu bapanya.
Dalam cerita ini, universiti adalah impian untuk semua pelajar. Ayu juga seorang daripada situ yang diharapkan bersungguh-sungguh mendapat peluang tersebut. Tetapi banyak soalan muncul dalam cerita ini. Kenapa ingin belajar bersungguh-sungguh? Kerja tidak baik ke? Tiada jawapan diberikan dalam cerpen ini. Saya berpendapat bahawa tidak semestinya fokus kepada markah sahaja, malah menghormati ibu bapa. Mereka bukan mahu kita mendapat kecemerlangan, bahkan mahu kita menjadi insan yang baik daripada mereka.
Secara Realitinya, setiap manusia akan bersyurkur kepada apa mereka dapati selepas mereka menghilangkan sesuatu. Seperti Ayu, ibu bapanya meninggal dunia, emosi telah dijana dala hatinya. Dia berasa serba salah kerana dia telah melakukan kesalahan yang tidak boleh diampuni. Maka dia akhirnya belajar bersungguh-sungguh untuk menggantikan kesalahan ynag telah dibuat olehnya.
Comments
Post a Comment