Puisi : Sendiri
Belajar hidup mandiri
Walau sukar hadapi sendiri
jangan hanya tahu sembunyi
kerana tidak salah apresiasi diri
jika engkau percaya hati
engkau tidak lagi mengenal sepi
Walaupun ulasan puisi ini sudah dipaparkan oleh Mahaya Mohammad Yassin, tetapi saya pun ingin memberikan pandangan saya. Semasa saya membaca puisi ini, saya berasa terharu kerana belajar hidup mandiri memang penting.
Dalam sem 2, saya gagal satu subjet, kemudian saya marah disebabkan ketidakpuasaan terhadap keputusan. Namun, saya meredakan emosi saya. Oleh itu, saya pilih perjalanan yang meningkatkan sendiri. Sampai sem 4, saya boleh menampkan peningkatan sendiri tetapi masih tidak puas hati lagi kerana saya tidak menghasilkan keputusan yang saya ingin dapat.
Puisi " Engkau tidak lagi mengenal sepi" adalah terkuat dalam puisi ini. Saya boleh memahami rangkap ini kerana saya mengalami situasi ini. Jika saya tidak mempercayai sendiri, maka tiada orang akan menghormati diri sendiri. Memang tidak boleh dinafikan bahawa seorang yang cemerlang akan mendapat hormati yang tinggi. Ini memberikan keyakinan kepada saya untuk mengutamakan bantuan kepada orang yang lemah pada masa depan kerana saya pernah merupakan mangsa.
Akhirnya, tidak berkira markah saya adalah tinggi atau rendah, saya akan meneruskan pembelajaran saya sampai menguasainya.
Comments
Post a Comment