Posts

Showing posts from May, 2023

Puisi Moden: Orang muda

Image
Orang Muda Orang Muda! Pada usia ini engkau harus banyak mendengar daripada berkata-kata kerana tuntutan hidup tidak seindah yang engkau gamabrkan dan yang engkau rasa tidak aku nafi matamu lebih terang daripada yang tua tidak aku nafi suaramu lebih senang didengari daripada berdiam seribu bahasa  namun engkau harus percaya hakikat hidup yang sebenarnya diam tidak menjadikan engkau lemah tidak berdaya tetapi diam mengajarimu nikmat mendengar yang sebenarnya Orang muda! Ilmu yang engkau tuntut selepas mengenal huruf dan angka bukanlah laluanmu mampu menjadi segalanya namun menjadi bekal sepanjang menempuhi hidup di dunia sungguh tanpanya engkau akan berada dalam gelap gelita selamanya. Orang muda! Hidup ini bukan litar lumba siapa laju, maka dia jadi permata siapa perlahan, maka dia jadi debunya hidup ini ialah usia yang harus dinikmati manusia hidup ini ialah usia yang mengajarmu mensyukuri segala kurnia-Nya maka jangan engkau menyerlah saat tertinggal jauh di belakang engkau harus per

Cerpen: Fitnah

Image
     Cerpen dimulakan dengan seorang watak, bernama Ismai, merenung waktu dia bekerja. Dia bersikap optimistik dan tidak berkejar kewangan kerana dia lebih gemar mereka kehidupan sederhana. Selepas deringan telefon menyentakkan renungannya, cerita bermula. Penulis Amil Jaya yang mendeskripsikan watak Ismail seorang yang tiada kerakusan dan berpegang prinsip yang utuh telah menimbulkan perasaan kecurigaan pembaca. Bagaimana seorang watak yang bersikap baik berkecimpung dalam perkara fitnah?     Semasa berbincang tentang topik fitnah, tidak semestinya sekadar berkaitan dengan amanah pecah atau kehilangan kepercayaan antara dua pihak, malah juga berlaku kepada penulis. Hal ini berlaku disebabkan pena penulis telah diperalatkan untuk menulis sebuah tulisan yang memutarkan kebenaran. " Baca surat khabar Tuwak hari yang lalu, tulisah engkau ada di situ. Engkau tidak patut mengkritik seorang menteri seperti itu". " Saya tidak menulis rencana itu, walaupun nama saya digunakan.&q

Cerpen: Detik Hayat Sayang Penipu

Image
 Ulasan: Detik Hayat Sayang Penipu     Cerpen " Detik Hayat Sayang Penipu dikarya oleh Siti Nor Ainum Mohd Fauzi. Cerpen ini melatarkan pelajar kurang upaya memahami susah payaan ibu.  Selain itu, cerpen ini memperihalkan tentang masalah salah faham pelajar terhadap tingkah laku ibunya. Segala cerita dimulakan dalam senario yang agak tegang. Seorang pelajar yang membuli pelajar telah dihukum oleh guru Suhardi. Selepas itu, terdapat seorang pelajar yang bernama Raziq yang ada masalah fikiran menjumpainya. Selepas bagi album kepada Raziq, dia mengimbas masa lalu semasa dia melihatkan kepelikan tingkah laku Raziq.          Kisah bermula daripada perbualan antara Zuhdi dan Ustaz Suhardi. Mula-mula,Ustaz Suhardi bertanya banyak soalan kepada Zuhdi kerana dia ingin mendekati Zuhdi, tetapi dia tidak melayan. Selepas Ustaz tanya Zuhdi kenapa dia tinggal seorang di surau, dia terkejut dengan jawapan Zuhdi. Dia kata tuhan akan menemaninya. Ustaz Suhardi sudah mengetahui keadaannya dan cuba

Cerpen: Kisah Semalam

Image
 Ulasan Cerpen " Kisah Semalam"        Cerpen " Kisah Semalam" dikarya oleh Sa'adiah Shuib yang diterbitkan pada sebuah majalah pada tahun 2019. Cerpen ini melatar sebuah cerita tentang masyarakat yang tidak berkasih sayang terhadap keluarga. Cerpen ini mengisahkan seorang watak berjaya mengubah kehidupan sendiri dan tidak menerima celaan oleh ibu bapanya. Oleh sebab Julia menjangkiti penyakit sejak kecil, maka bapa tidak meyukainya. Hubungan antara kakak Rima dan Julia tidak rapat disebabkan keputusan kakak adalah lebih baik daripada Julia pada zaman persekolahan. Cerita ini bermula daripada kedudukan tidak seimbang melalui teknik pemerian terhadap status keluarga. Pembaca boleh melihat terhadap perbezaan kasih sayang berlaku dalam keluarga mereka.           Namun, segala kesedihan yang berlaku kepada Julia telah berubah selepas dia mendapat keputusan STPM yang baik dan diterima memasuki Maktab Perguruan Raja Melewar. Walau bagaimanapun, klimaks cerita ini buka

Catatan: sehari lawatan di Port Dickson

Image
      Port Dickson, walaupun saya sudah pergi banyak kali ke sana, tetapi pengalaman hari ini tidak sama  dengan masa dahulu. Pada minggu keempat, saya melancong dengan kawan di satu bahagian yang  dimilki oleh UPM. Dalam bahagian ini, pantai adalah sangat bersih kerana pantai itu tidak ada sampah-  sarap yang selalu diselerak oleh pelancong.  Cahaya matahari agak pudam sedikit hari ini. Cuaca  mendung tidak menjejaskan keseronokan yang sudah tertanam dalam hati saya kerana saya memang memerlukan satu hari untuk merehatkan diri.     Sepanjang pelancongan ini, saya menjumpai satu perkara yang agak menakjubkan. Semasa saya  berenang di laut, saya cuma mengenggam satu tangan pasir. Seterusnya saya meletakkan tangan saya  dalam laut, kemudian pasir akan mengalir walaupun tangan saya mengenggamnya dengan ketat.      Maka,  saya sedar bahawa jikalau kelebihan degil terhadap satu perkara, kita akan berasa  kesengsaran.  Jikalau kita ingin berjaya, genggam pasir semata-mata tidak cukup untuk b

Maruah, Miskin dan Usaha

Image
    Tajuk surat khabar: Terpaksa mengemis demi tampung kos perubatan anak derita CP     Ini tidak dinafikan bahawa kedaifan keluarga adalah lumrah diperhatikan di sekeliling masyarakat. Walaupun banyak insitusi NGO sudah didirikan, tetapi tidak boleh membantu seluruh keluarga miskin  yang dipaparkan dalam surat khabar.               Pada bulan April, seorang wanita bestatus ibu tunggal terpaksa mengemis untuk membiayai kos  perubatan disebabkan walaupun dia telah membuat dua kerja sekali. Setiap kali saya baca berita seperti ini akan berasa sayu kerana saya memahami seorang ibu tunggal menanggung betapa keberatan  tanggungjawab anaknya.          Oleh itu saya selalu berasa syurkur kerana saya boleh belajar dan boleh mengaplikasikan ilmu dalam  yang saya sukai. Saya juga berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di universiti.     Walau bagaimanapun, saya berpendapat bahawa dermaan dana bukan salah satu cara sahaja, malah  kepentingan akademik untuk seorang anak. Pendidikan boleh menjadika

Pengalaman Kehidupan sendiri di Kuala Lumpur

Image
  Kuala Lumpur merupakan sebuah bandar yang indah, dipenuhi  dengan bangunan yang mencecah langit. Walau bagaimanapun, bangunan-bangunan ini yang dibina sekeliling saya tidak betapa mempersona untuk saya kerana saya datang daripada keluarga yang daif.  Oleh sebab konflik berlaku antara bapa dan ibu saya, mereka tercerai sejak saya masih kecil lagi.             Mula-mulanya, emak saya tidak bekerja kerana dia taka da slip SPM tetapi dia tidak pernah memutuskan asa. Akhirnya dia mendapatkan kerja tetapi huraian kerjanya agak berat. Maka, adik dan saya dapat mengetahui kepentingan pembelajaran.             Semasa penyambutan hari perayaan, kami tidak sambut secara meriah supaya boleh menjimatkan wang. Dalam bandar, ramai orang bersikap materialistic dan bersikap sombong. Sepanjang beberapa tahun, termasuklah saudara saya, kawan sekerja emak saya memandang rendah terhadap kami.             Apabila saya belajar di sekolah rendah, keputusan pembelajaran saya adalah tidak memuaskan. Ked